Monday, 26 August 2013

AURAT MARUAHKU


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Assalamualaikum muslimin & muslimat.
Saya ingin berkongsi ilmu mengenai aurat.

MARUAH dan akhlak adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan setiap muslim.Tanpa maruah dan harga diri,seseorang itu akan mudah terjebak ke kancah maksiat atau terjerumus ke lembah kehinaan.Melalui didikan akhlak seseorang itu akan dapat menjaga maruah dan harga dirinya.

Pengertian Aurat : Aurat dari segi bahasa ialah keaiban,sesuatu yang mengaibkan manakala dari segi istilah syarak ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.
Hukum : Wajib

Sebab-sebab Islam mewajibkan lelaki dan perempuan Islam menutup aurat :
1.Untuk menjaga dan memelihara kehormatan,kesopanan,dan maruah diri seseorang.
2.Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah perbuatan zina.
3.Untuk membezakan antara keperibadian orang Islam dengan orang Islam.
4.Menggambarkan bahawa orang Islam sangat patuh dan taat kepada perintah Allah.

Islam menyuruh umatnya menjaga diri dengan memakai pakaian yang menutup aurat mengikut kemampuan masing-masing.Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen atau kod pakaian tertentu bagi kaum lelaki & wanita.Semua boleh dipakai asalkan menutup aurat dan bukan daripada jenis kain yang diharamkan atau melampau dalam bertabarruj.

Antara ciri-ciri pakaian & perhiasan :
1.Hendaklah menutup aurat.
2.Tidak nipis.
3.Hendaklah longgar,selesa,dan tidak ketat.
4.Pakaian lelaki yang tidak menyerupai wanita atau sebaliknya.
5.Lelaki tidak dibenarkan memakai emas dan sutera,kerana ia khas untuk perempuan.
6.Tidak menyerupai pakaian sesuatu kaum..Contohnya : pakaian khas Yahudi.

Islam juga mengajar cara menjaga maruah dengan memberi garis panduan dalam batas pergaulan antara lelaki dan wanita.Mereka tidak dibenarkan bertentangan mata antara satu sama lain,kecuali disebabkan sesuatu yang diharuskan.Maka Islam mewajibkan lelaki & wanita supaya merendahkan pandangan mereka,dan mengawal pandangan daripada perkara-perkara mungkar yang boleh membawa kepada fitnah dan merosakkan maruah.Pandangan mata yang tidak terkawal antara lelaki & wanita boleh menjadi permulaan kepada zina.

Garis Panduan Dalam Pergaulan Antara Lelaki & Wanita :
1.Lelaki & wanita dibenarkan bergaul dalam perkara-perkara yang diharuskan oleh syarak.
2.Tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki & wanita tanpa batas.
3.Haram bagi lelaki melihat aurat wanita begitu juga sebaliknya.
Saya petik risalah ini dari sebuah majalah i  bil 131/SEP 2013(m/s 11-14)
oleh: DR.ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN

Aurat & Tabarruj

1. Tujuan menutup aurat adalah untuk menjaga maruah dan menghindari fitnah. Segala apa yang Allah jadikan dan tetapkan munasabah dan ada hikmah dan sebabnya. 

2. Begitulah juga dalam memakai purdah, ada pendapat yang sunatkannya kerana untuk menjaga dari fitnah. Demikian jika sudah sempurna aurat dan hatta berpurdah, namun zahir sana sini, dengan macam aksi, fesyen, gedik dan suara yang menghairahkan. Ia tetap dilarang, kerana tidak mencapai tujuannya tadi. Iaitu mengelak fitnah. Namun ia bukan bermaksud sama sahaja tutup atau tidak, yang masih tak tutup amatlah besar lagi fitnah dan dosanya. 

3. Dalam Surah al-Ahzab ayat 33 telah dinyatakan larangan ini pada isteri-isteri Nabi. Agar berada dirumah dan jangan keluar bertujuan untuk bertabarruj seperti wanita-wanita jahiliyah dahulu. Dengan erti samada dari perbuatan, percakapan dan pemakaiannya. Demikian dizaman sekarang beralih pula difb, kerana ramai mata memandang dan memujinya. 

4. Hal ini juga mengikut suasana tempat. Mungkin negara arab, wanita semuanya majoriti hitam berpakaian dan berpurdah, jika pakai seperti kita, maka fitnah yang amat besar bakal terjadi. Demikian dinegara kita, kebiasaan dengan fesyen bermacam warna dan tidak berpurdah, ia masih tidak mengundang fitnah. Maka diharuskan lagi, adapun yang jelas seperti ketat, jarang, nipis dan seumpamanya lagi. Gincu, solek, berhias dan wangian yang berlebihan. Pakaian yang melampau dengan lagak sombong, gelang, rantai, yang bukan kebiasaaan dilihat dan lambang-lambang fitnah. Ia sudah jelas dilarang. 

5. Adapun seperti heliza helmi atau najwa latif dan juga hukum aksi-aksi lakonan wanita bertudung atau pengacara-pengacara, namun zahir dengan bermacam adegan gambar atau video yang mengayukan. Pendapat saya. Hal ini kita melihat dari segi hikmah dalam dakwah dan kepentingan dan skop yang lebih besar lagi. Dalam nak merubah dan memahamkan mereka. Untuk menarik orang. Berhadapan dengan bermacam pengaruh barat dan maksiat moden sekarang. Manfaat atau keburukan yang banyak terhasil. Ia perlu kepada perbahasan yang panjang dan luas lagi, tidak hanya terus menghukum haram semata. 

6. Nak pakai macam heliza, saya berpendapat masih belum dikira bertabarruj mengikut suasana ditempat kita sekarang. Kita jaga perbuatan dan percakapan. Kita berpakaian memang hendak tujuan memelihara aurat dan tiada niat untuk bermegah-megah. Ia untuk memenuhi dan menjaga perintah agama dan fitrah untuk sentiasa bersih, kemas dan cantik dan dengan sedikit wangian. Bukan dengan tujuan agar lelaki ghairah memandang dan menghidunya. Tujuan membuka dan mengharap timbul dan berlaku fitnah. Kelak, kita juga yang benci perbuatan dari kesan fitnah tersebut, atau amat malang jika sudah memang itu tujuannya. iaitu untuk Bertabarruj. Nauzubillah min zaalik, ‘mohon jauh dari demikian’. 

7. “Menayangkan gambar dengan berbagai gaya yang walau sudah bertudung. Andai hanya wujud sebilangan yang memang amat sensitif dengan sekadar gambar. Maka itulah fitnah, fitnah yang cukup besar. Kesan yang membenihkan lagi keburukan-keburukan lain. Saranan-saranan Islam adalah ingin menjamin dan menjaga setiap hal individu dan masyarakat”. 

8. Jika tidak dengan sebab ini, maka ia akan banyak mengundang hal mungkar dan masalah lain. Dosa-dosa lain sedang menunggu untuk menghiburkan kesukaan ini. Terutama pula kes sihir dan khianat yang acap berlaku sekarang. Jika yang dedah terus pula, sudah tentu lebih salah lagi. Ayat dalam Al-Quran dinyatakan tika keluar rumah. Sekarang kita tika bermain internet. 

9. Sudah fitrah saling bernafsu melihat berlainan jantina. Lelaki bila didepan wanita lain jadinya. Suara sahaja juga sudah melemahkan lelaki, hatta menerima ucapan dari seorang wanita. Apatah lagi jika suara sengaja diayukan dan watak dighairahkannya. Wajah dan pakaian digodakannya. Adalah amat sukar mengawal nafsu. Begitulah sebaliknya dengan larangan kepada lelaki. Islam melarang perkara ini kerana ia menjadi sebab membangkitkan nafsu. Demikian balasan azab yang diperingatkan kelak amat serius, kerana kita telah mengabaikan dan merosakkan tujuan seorang khalifah dijadikan Allah. Lalu terjadilah bermacam jenayah seks umpama binatang. Disebalik kelemahan dan kejahilan agama. Yang dilarang itu untuk menjaga semua orang. Ada sebabnya. Islam bukan menghalang fitrah. Allah swt yang menfitrahkan kita dan Islam dari Allah haluan fitrah kita ini. Jika tidak ikut Islam, terkeluar kita dari fitrah dan jadilah hidup untuk nafsu. Anak zina merata, rosak keharmonian keluaga, dirogol dan dianiaya. Tipu, curi, rasuah, riba, zalim dan berbagai kemusnahan terhasil.“Contoh video lagu-lagu yang berbagai-bagai bentuk disebar di internet. Adakah sama seperti kita melihat video seekor monyet sedang buat pertunjukan. Kadang ia benar telah memalukan, menjatuhkan dan mengaibkan imei tudung dan Islam itu sendiri”. 

10. Demikian, maksud menutup aurat dengan sempurna dizaman sekarang adalah termasuk menutupnya dengan sempurna juga di internet. Dan maksud tidak bertabarruj dizaman sekarang adalah termasuk tidak menzahirkannya juga dengan bermacam posing dan fesyen gedik di internet. 

11. Akhirnya, terima kasih kerana menutup dengan sempurna aurat dan tidak menayangkannya dialam maya. Dalam kita memelihara perintah Allah, perbuatan ini juga telah menutup amat banyak pintu-pintu fitnah dan dosa lain buat lelaki. Mudahan terus kuat memeliharanya dan terus kita berusaha melaksanakan kehendak yang lain lagi dalam agama. Ingatlah ini semua kerana Allah dan sudah pasti ganjaran besar sedang menanti kita.  

12. Yang masih free hair, tutuplah dengan sempurna aurat. Berusahalah segera hindari pakaian ketat, jarang dan segala yang dilarang Agama. Memahami erti menjaga aurat sepertimana dijelas diatas. Hal ini sangat dasyat fitnahnya. Sedang kematian sentiasa mengintai kita. Mudahan terus kuat menghadapi ujian untuk memelihara aurat ini dan segala perintah lain. Masa yang terus berjalan, marilah dengan penuh rasa hina, akui kejahilan kita yang lepas. Saling sama muhasabah, beri teguran dan terus berusaha menjadikan diri patuh akan arahan Allah. 


“Segala suruhan Allah ini tiada lain, untuk kemulian dan kebaikan hambanya yang diciptakannya” 

 “Allah tidak pernah jemu menerima taubat dan amal kita. Allah sentiasa mengetahui usaha dan hakikat keadaan kita bagaimana sebenarnya”. [Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati]. (Ali-'Imran 119) 

 Berusaha dan berdoalah. “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk memperelokkan ibadatku kepada-Mu”. (Hr Abu Daud, an-Nasaai dengan sanad yang sahih) 

 Merenungi ungkapan Ibn Qayyim al-Jauziyyah: “Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail). 
Saya ambik maklumat ini dari blog Ahmad Firdaus bin Azis yang bertajuk"Aurat & Tabarruj"

Semoga kita semua dapat menjaga aurat dan maruah kita berpandukan ajaran Islam.
Mari kita beramal jangan sekadar tahu saja aurat tetapi kita tidak menutupnya dengan lengkap.
Kalau berpakaian,oakailah pakaian yang tidak menjolok mata(iaitu pakaian yang menampakkan kita seperti bertelanjang)