Friday, 13 September 2013

Fadhilat Surah Al-Mulk

Assalamualaikum...saudara/i
disini saya ingin berkongsi satu fadhila & khasiatnya surah dari Al-Quran iaitu:

Fadhilat Surah Al-Mulk

Daripada Abi Hurairah r,a dari Rasulullah SAW besabda:
"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tigapuluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"(Tabaarakal-Lazi)"

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang mengembirakan kamu,ia berkata bahkan!"
Beliau(Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT menyelamatkan daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada seksaan kubur.

Dan Nabi SAW bersabda: "Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku" 

semoga menjadi amalan harian kita...dan menjadi ingatan kpd kita..

No comments:

Post a Comment