Monday, 30 December 2013

RIAK-apakah simptom,resiko & bagaimana menghindarinya?

ASSALAMUALAIKUM


AMAL ROSAK KERANA RIAK :


"Amalan orang yang riak tidak akan sampai menyentuh hati,maka ibadah itu tidak akan membentuk peribadi,tidak akan membuahkan akhlak.Orang riak itu semakin banyak beramal,maka akhlak dan keberibadiannya semakin buruk"

SIMPTOM RIAK:

(1) Rajin beramal ketika dihadapan orang,sebaliknya malas ketika bersendirian.

(2) Bersemangat dan menambah amal ketika dipuji dan mengurangkan atau berhenti               beramal apabila dikeji.

RISIKO RIAK:

(1) Riyak lebih berbahaya daripada fitnah dajal
       Rasulullah SAW bersabda "syirik khafi;iaitu seseorang yang solat,lalu menghiasi solat          kerana ada orang yang memerhatikan solatnya."

(2) Amal tidak akan berkesan

(3) Riyak akan menghapuskan dan membatalkan amalan
       "rugilah amalan seseorang itu yang melakukan sedekah dengan hatinya yang                         riak [menyebut-nyebutnya dan menyakiti(perasaan penerima]"

(4) Riyak akan membawa kehinaan

(5) Tidak mendapat ganjaran di akhirat

(6) Riak menambah kesesatan

INI BUKAN RIAK:

(1) Menerima pujian atas amalan yang bukan dijadikan tujuan beramal
      "Seseorang yang melakukan amalan dengan ikhlas,dan hasil amalannya ramai orang           mendapat manfaat lalu mereka memujinya,maka sesungguhnya itu bukan riak."

(2) Terdorong beramal kerana orang lain beramal
       "Setiap Mukmin tentunya ingin banyak membuat ibadat tetapi ada yang menghambat         atau yang melalaikannya.Maka mungkin dengan mereka melihat orang lain yang                 aktif beribadat, membuatnya mampu menyingkirkan kehambatan dan kelalaian itu."

(3) Menyembunyikan Dosa
       "Jangan membuka aib diri.Mendedahkan dosa yang dilakukan oleh diri adalah                       dilarang.Apa yang penting,segeralah bertaubat kepada Allah."

(4) Memakai pakaian yang cantik dan selesa
       Rasulullah bersabda; "sesungguhnya Allah indah dan menyukai keindahan. Sombong          adalah sikap menolak kebenaran dan meremehkan sesama manusia."
                                                                                                                             (riwayat Muslim)

(5) Menegakkan syiar agama
       Dalam Islam ada beberapa amalan ibadah yang tidak wajar disembunyikan malah              perlu dipamerkan pelaksanaannya.Antaranya solat berjemaah, solat jumaat, haji,                umrah, menyembelih korban dan lain-lain lagi.
       "Mempamerkan amalan untuk diteladani adalah terpuji.Sebaliknya mempamerkan               amalan untuk dipuji adalah keji."

PENAWAR RIAK

(1) Ingatlah apa yang dicari pada manusia akan punah
     "Apa yang ada disisimu akan lenyap,dan apa yang ada disisi Allah jua adalah  kekal.Dan      Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada       apa yang telah mereka lakukan." (Surah al-Nahl 16: 96)

(2) Fikirlah betapa riak menghapuskan pahala dan menambah dosa
      
(3) Bayangkan aib diri akan didedahkan kepada seluruh manusia

(4) Ingat Allah dan segera bertaawuz apabila riak menyerang
      "Apabila terdetik sahaja riak bersegeralah ingat kepada Allah dan berlindung dari                  godaan syaitan.Jangan dilayan perasaan riyak sebaliknya cantas cepat-cepat dengan        mengingati Allah."




Wednesday, 25 December 2013

MUTIARA KATA AL-QARNI

ASSALAMUALAIKUM...
MUTIARA KATA AL-QARNI

Mutiara 1;
"Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam,bekerja lebih nikmat daripada menganggur,qanaah lebih bernilai daripada harta,dan kesihatan lebih baik daripada kekayaan."

Mutiara 2;
"Dalam musibah itu terdapat empat seni,iaitu mencari pahala daripada Allah,berkawan dengan kesabaran,berzikir dengan baik,dan menunggu kelembutan dari Allah S.W.T."

Mutiara 3;
"Tanda kebodohan adalah menyia-nyiakan waktu,menangguh-nangguh taubat,memusuhi manusia,derhaka kedua-dua ibu bapa,dan menyebarkan rahsia."

Mutiara 4;
Keimanan, kesihatan, kekayaan,kebebasan, kemudahan, dan ilmu pengetahuan adalah intisari dari apa yang ingin diraih oleh orang yang berakal.Dan sedikit sekali hal itu dapat terkumpul secara serentak."

Mutiara 5;

"Hal terpenting bagi seseorang didunia ini adalah memiliki iman yang benar, akhlak yang terpuji, akal yang lurus, tubuh yang sihat, dan rezeki yang berkat.Selain semua itu, adalah beramal dan mengisi waktu dengan kesibukan yang bermanfaat."

Mutiara 6;
"Rasa aman adalah tempat berpijak yang paling kukuh dan kesihatan adalah perisai yang paling utama.Ilmu pengetahuan adalah makanan yang paling lazat, cinta adalah ubat paling mujarab,sedangkan pakaian yang menutup aurat adalah pembalut tubuh yang paling indah."

Mutiara 7;
"Seorang yang bahagia tidak akan dihinggapi kefasikan, perasaan sakit, sedih,terasing, terbelenggu,juga tidak terlilit dengan hutang dan tidak dibenci oleh manusia."

Mutiara 8;
"Kebahagiaan adalah lenyapnya kepedihan,hilangnya permusuhan, hidup dihiasi amal soleh, dan jiwa tidak ditunggangi oleh hawa nafsu."

Mutiara 9;
"Istiqhfar membuka pintu rahmat,melapangkan hati dan fikiran, serta menghilangkan kesempitan.Ia adalah kunci untuk mencapai rezeki sekaligus hidayah Ilahi."

Mutiara 10;
"Enam pokok yang harus dimiliki dalam mengharungi hidup adalah agama, ilmu, kekayaan, keperibadian yang baik, kesihatan, dan sikap pemaaf."


(dipetik dari buku "KOLEKSI MUTIARA KATA AL-QARNI"
BUKU MOTIVASI-LA TAHZAN/DON'T BE SAD/JANGAN BERSEDIH,,, DR 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI)




Wednesday, 4 December 2013

10 PENGAJARAN KISAH AMMAR-GPTD

10 PENGAJARAN KISAH AMMAR-GPTD

(1) Wawasan Diri & Keluarga VS Wawasan Ummatik

(2) Belajar di Barat VS Belajar di Turki

(3) Kecemerlangan Akademik VS Kekuatan Spritual

     3 Nilai Penting Didikan Hayrat :
      (a) Ikhlas
      (b) Bersungguh-sungguh
      (c) Khidmat Untuk Orang Lain

(4) Aktiviti Santai VS Aktiviti Untuk Ummat

(5) Jihad Perang VS Jihad Ilmu & Dakwah

(6) Perancangan Insan VS Perancangan ALLAH S.W.T

(7) Sultan Muhammad Al-Fatih VS Ahmad Ammar

(8) Abu Ayub Al-Ansari VS Ahmad Ammar

(9) Pinjaman Allah VS Milik Keluarga

     4 Hakikat Iman
     (a) Al-Faqr-tidak memiliki apapun didunia
     (b) Al-'Ajz-meraskan diri sangat lemah
     (c) Asy Syafaqah-berasa empati kepada orang lain
     (d) At-Tafakkur-sentiasa memikirkan kehebatan Allah

(10)Kematian Yang Diratapi VS Kematian Yang Menghidupkan





dipetik daripada video GPTD- Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya..(Bhg. 3) - Abah & Emak Ammar - YouTube
http://www.youtube.com/watch?v=gjl3XsxZP34

Tuesday, 3 December 2013

3 BEKALAN KEPADA UMAT ISLAM & 6 JENIS ILMU YANG DISARANKAN OLEH SHEIKH YUSUF

3 BEKALAN KEPADA UMAT ISLAM

(1) IMAN
(2) AKHLAK
(3) ILMU


6 JENIS ILMU YANG DISARANKAN OLEH SHEIKH YUSUF AL-QADRAWI


(1) ILMU ISLAM
(2) ILMU BAHASA
(3) ILMU SOSIAL
(4) ILMU SAINS
(5) ILMU MENTAFSIR REALITI
(6) ILMU SEJARAH

depetik daripada video GPTD- Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya..(Bhg. 1) - Us. Hasrizal - YouTube_3

7 FORMULA MENDIDIK ANAK

7 FORMULA DIDIK ANAK

(1) Diberi Nama Yang Ada Wawasan

(2) Meletakkan Wawasan Ummatik

(3) Menekankan Persoalan Adab

(4) Menghayati Al-Quran

(5) Memelihara Solat & Tunai Tahajjud

(6) Menguasai Ilmu Yang Diperlukan Pada Zamannya

(7) Menguasai Bahasa-bahasa Asing

dipetik daripada ucapan dalam video GPTD- Apabila Ammar Bertemu Bidadarinya..(Bhg. 3) - Abah & Emak Ammar - YouTube