AMAL ROSAK KERANA RIAK :
"Amalan orang yang riak tidak akan sampai menyentuh hati,maka ibadah itu tidak akan membentuk peribadi,tidak akan membuahkan akhlak.Orang riak itu semakin banyak beramal,maka akhlak dan keberibadiannya semakin buruk"
SIMPTOM RIAK:
(1) Rajin beramal ketika dihadapan orang,sebaliknya malas ketika bersendirian.
(2) Bersemangat dan menambah amal ketika dipuji dan mengurangkan atau berhenti beramal apabila dikeji.
RISIKO RIAK:
(1) Riyak lebih berbahaya daripada fitnah dajal
Rasulullah SAW bersabda "syirik khafi;iaitu seseorang yang solat,lalu menghiasi solat kerana ada orang yang memerhatikan solatnya."
(2) Amal tidak akan berkesan
(3) Riyak akan menghapuskan dan membatalkan amalan
"rugilah amalan seseorang itu yang melakukan sedekah dengan hatinya yang riak [menyebut-nyebutnya dan menyakiti(perasaan penerima]"
(4) Riyak akan membawa kehinaan
(5) Tidak mendapat ganjaran di akhirat
(6) Riak menambah kesesatan
INI BUKAN RIAK:
(1) Menerima pujian atas amalan yang bukan dijadikan tujuan beramal
"Seseorang yang melakukan amalan dengan ikhlas,dan hasil amalannya ramai orang mendapat manfaat lalu mereka memujinya,maka sesungguhnya itu bukan riak."
(2) Terdorong beramal kerana orang lain beramal
"Setiap Mukmin tentunya ingin banyak membuat ibadat tetapi ada yang menghambat atau yang melalaikannya.Maka mungkin dengan mereka melihat orang lain yang aktif beribadat, membuatnya mampu menyingkirkan kehambatan dan kelalaian itu."
(3) Menyembunyikan Dosa
"Jangan membuka aib diri.Mendedahkan dosa yang dilakukan oleh diri adalah dilarang.Apa yang penting,segeralah bertaubat kepada Allah."
(4) Memakai pakaian yang cantik dan selesa
Rasulullah bersabda; "sesungguhnya Allah indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah sikap menolak kebenaran dan meremehkan sesama manusia."
(riwayat Muslim)
(5) Menegakkan syiar agama
Dalam Islam ada beberapa amalan ibadah yang tidak wajar disembunyikan malah perlu dipamerkan pelaksanaannya.Antaranya solat berjemaah, solat jumaat, haji, umrah, menyembelih korban dan lain-lain lagi.
"Mempamerkan amalan untuk diteladani adalah terpuji.Sebaliknya mempamerkan amalan untuk dipuji adalah keji."
PENAWAR RIAK
(1) Ingatlah apa yang dicari pada manusia akan punah
"Apa yang ada disisimu akan lenyap,dan apa yang ada disisi Allah jua adalah kekal.Dan Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan." (Surah al-Nahl 16: 96)
(2) Fikirlah betapa riak menghapuskan pahala dan menambah dosa
(3) Bayangkan aib diri akan didedahkan kepada seluruh manusia
(4) Ingat Allah dan segera bertaawuz apabila riak menyerang
"Apabila terdetik sahaja riak bersegeralah ingat kepada Allah dan berlindung dari godaan syaitan.Jangan dilayan perasaan riyak sebaliknya cantas cepat-cepat dengan mengingati Allah."
No comments:
Post a Comment