Friday, 14 July 2017

PERHIMPUNAN BANTAH DLP

PERHIMPUNAN BANTAH DLP




Tarikh: 26 MAC 2016
Tempat: PERKARANGAN MASJID JAMEK, KL
Penglibatan: AKTIVIS-AKTIVIS NGO (ABIM, PKIPIM, PENA, & BEBERAPA GABUNGAN LAIN), WAKIL DARI PARTI POLITIK, SASTERAWAN & GOLONGAN AKADEMIK

Perhimpunan  Bantah DLP (Dual Language Programme) telah diadakan di sekitar Masjid Jamek KL. Penglibatan  ahli kumpulan 1 bagi Citra Asas Pengurusan NGO dalam perhimpunan ini adalah bagi memenuhi salah satu kriteria dalam penilaian kursus iaitu khidmat sosial. Perhimpunan Bantah DLP bukanlah perhimpunan politik parti tetapi perhimpunan politik kebudayaan, ujar Datuk Baha Zain. Perhimpunan ini disertai oleh beberapa parti politik, badan-badan NGO, ahli akademik & pejuang-pejuang bahasa. Khidmat sosial yang dimaksudkan adalah melibatkan diri dalam menggerakkan sesuatu program. Dalam perhimpunan ini, beberapa wakil telah memberikan ucapan mereka berkaitan isu DLP. Beberapa ahli bahasa juga turut mendeklamasikan puisi mereka berkaitan bahasa. Pejuang-pejuang bahasa yang terdiri dari badan NGO, sasterawan dan  individu menolak dan membantah DLP, tetapi mereka tidak menolak bahasa Inggeris dan ilmu. Mereka turut menegaskan bahawa untuk meningkatkan kualiti bahasa Inggeris bukanlah melalui kaedah tersebut tetapi perbaiki kaedah dan sistem pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri  dan aktivitinya. Perjuangan ini adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan moden.  Pembelajaran sesuatu ilmu itu lebih berkesan dan mudah difahami oleh pelajar-pelajar dengan bahasa ibunda sendiri. Para akademik dan pejuang bahasa turut menggalakkan mempelajari pelbagai bahasa sebagai bahasa kedua mereka. Akhirnya, perhimpunan Bantah DLP ini adalah bagi mendedahkan isu  DLP  kepada semua lapisan masyarakat serta kepentingan memartabtakan bahasa.


Laporan Oleh : Muhammad Ariff Bin Badrudin

PENGALAMAN EKSPEDISI JEJAK WARISAN JAWI 4 [JELAJAH MALAYSIA SIRI 1]

PENGALAMAN EKSPEDISI JEJAK WARISAN JAWI 4 [JELAJAH MALAYSIA SIRI 1]

Jelajah Malaysia siri 1 telah berlansung pada 10 hingga 12 Disember 2016 dengan jayanya. Sepanjang ekspedisi ini, kami dapat mengenali kumpulan Jejak Warisan Melayu. Ekspedisi in telah memberi pengalaman baru. Seramai empat orang ahli PERKIM dari tiga buah instutusi pengajian tinggi iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga Politeknik Shah Alam telah turut serta dalam ekspedisi ini. Kami mula berkumpul bersama peserta ekspedisi ini di stesen minyak sebelum tol Gombak sebelum penjalanan secara konvoi bergerak iaitu pada hari sabtu. Disini dapat dilihat, peserta konvoi mengenakan pakaian busana Melayu tradisional.
Kampung Budu Benta Pahang merupakan destinasi pertama yang dituju iaitu walimah salah satu sahabat Jejak Warisan Jawi. Semasa di walimah tersebut, para hadirin disajikan dengan perarakan pengatin diiringi oleh hulubalang, tiupan tetuang dan juga paluan kompang sambil berselawat. Persembahan silat Melayu dipersembahkan dihadapan dua pasangan pengantin baru. Antara adat perkahwinan yang turut berlangsung adalah acara merinjis. Seterusnya para peserta didendangkan dengan lagu “Sopan Santun” dan “Pengantin Baru” diriringi paluan kompang. Kami dapat melihat secara langsung adat Melayu dalam menyambut pengantin baru dan turut serta dalam bermain kompang sambil menyanyikan lagu tersebut.
Seterusnya, ekspedisi ini menuju ke Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi, Tapah Perak. Hujan membasahi bumi sepanjang perjalanan kami ke Tapah. Setibanya disana, kami disambut oleh pelajar-pelajar tahfiz dan juga para murabbi mereka. Selesainya bersalaman, kami memberi kepada ikan yang dibela oleh pihak madrasah di kolam berhampirannya. Untuk pengetahuan umum, institusi pengajian ini khusus untuk menghafal al-Quran dimana ia menyediakan peluang pendidikan percuma kepada golongan yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan. Apa yang menarik juga disini, para pelajar turut didedahkan dengan ilmu kemahiran hidup secara praktikal mengenai pertanian organik dan pertenakan seperti ternak ikan yang bersistematik berlandaskan Islam. Para pelajar universiti juga diberi peluang untuk mengisi satu slot motivasi mengeai tips dan pesanan kepada pelajar madrasah. Kami disini dapat mengasah kemahiran dalam menyampaikan dan berkomunikasi dengan masyarakat. Sebelum kami berangkat ke perjalanan yang seterusnya, penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengarah Jejak Warisan 4 bersama Ustaz di Madrasah.
Kami terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya menuju ke Pulau Pinang pada malam tersebut. Kami tiba di Rumah Orang Tua Darul Hannan, Seberang Perai pada jam 3.30 pagi keesokan harinya. Pada pagi tersebut, kami subuh berjemaah bersama warga emas darul Hannan dan juga mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zaid berkisarkan perjalanan kehidupan. Disini juga kami menyantuni warga emas melalui aktiviti yang sempat dijalankan seperti senaman dan juga beramah mesra semasa bersarapan. Warga emas yang tinggal disini berusia 60 ke atas. Ada diantaranya yang dulunya berkerja di kampung seperti pesawah dan juga di bandar. Warga emas turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Melayu seperti kompang, tari sembah dan juga dendengan lagu klasik. Disini juga pengalaman baru kami perolehi iaitu warga emas ini hendaklah diziarah dan juga perkongsian cerita mereka.
Setelah selesainya sarapan, kami meneruskan ekspedisi ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, Kedah. Program yang berlangsung di KUIN ialah bedah buku “Kias Tersirat” oleh saudara Herman yang juga merupakan salah seorang dari peserta ekspedisi ini. Perbentangan ini mengisarkan tentang latar belakang masyarakat Melayu seperti kebudayaan, sosial dan ekonomi tradisional. Antara isi perbincangannya adalah kepentingan falsafah kehidupan melalui pakaian (sampin dan tengkolok) dan keris yang perlu masyarakat kini pelajari dan hayati. Antara kehebatan masyarakat Melayu dahulu adalah mereka belajar melalui alam. Oleh itu, pentingnya penerokaan sejarah Melayu ini dilakukan dan dihayati dengan baik oleh masyarakat. Selesai sesi di KUIN, kami berangkat ke Alor Setar melawat Balai Nobat, Masjid Zahir dan juga istana lama (muzium). Kami dapat mempelajari sejarah balai Nobat, susur galur Sultan Kedah, melihat koleksi-koleksi seperti sangkar besi, tengkolok dan juga peralatan senjata dan juga kisah tempat berhimpunnya ulama’ silam di Masjid Zahir.
Destinasi yang terakhir bagi ekspedisi ini adalah di Kuala Kangsar, Perak. Di Kuala Kangsar, Sambutan Hari Melayu Dunia kali ke-2 bersempena hari Maulidur Rasul berlansung iaitu pada 12 Disember 2016  Masihi bersamaan 12 Rabiul Awal 1438 Hijrah pada hari isnin. Antara aktiviti yang menarik disini adalah simbolik perarakan (menaiki 4 wheel, sampan dan berjalan), persembahan (silat dan pentomin) dan permainan tradional seperti gasing, Tarik upih pinang, sepak raga dan juga jalan mengguna tempurung. Sempena hari Melayu dunia juga, pameran-pameran seperti pameran senjata, busana dan buku diadakan dan juga perbentangan mengenai Melayu dibentangkan. Para pengujung disini juga berpeluang untuk mencuba meniup tetuang, memanah dan juga bermain gasing. Peserta ekspedisi mula bergerak pulang.
Alhamdulillah, banyak pengalaman baru dan ilmu yang bermanfaat kami perolehi sepanjang perjalanan ekspedisi ini. Kami dapat merapatkan hubungan persaudaraan, berkongsi ilmu, mempraktikkan ilmu dan akhirnya dapat belajar kebudayaan Melayu. Kami juga dapat beramah mesra dan menyantuni masyarakat sepanjang destinasi yang dituju.

KIAS TERSIRAT dibentang oleh Saudara Herman

sesi perkongsian bersama adik-adik



Mahasiswa UKM & UIA bersama Ustaz Zaid

bergambar depan KUIN


Bagunan yang masih dibina Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi, Tapah Perak



sesi perkongsian bersama adik-adik

sesi perkongsian bersama adik-adik

Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi, Tapah Perak

Kolam ikan di Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi, Tapah Perak


bersilat

istana lama (muzium)




Orang Asli

KUIN

balai nobat, Kedah

berperahu

bergambar bersama peserta JWJ

berbaju Melayu

Masjid Zahir

[Muhammad Ariff Bin Badrudin]
Ahli PERKIM UKM

Mahasiswa Sarjana Muda Sejarah Tahun 2

CITRA ASAS NGO

Bergambar bersama Dato Baha Zain

Sesi Temu Bual

Masa: 3 APRIL 2016
Tempat: KEDIAMAN DATUK BAHARUDDIN BIN ZAINAL, TAMAN PERMAI JAYA, GOMBAK
Penglibatan: AHLI KUMPULAN 1 CITRA ASAS PENGURUSAN NGO (JAWATANKUASA BANTAH DLP

Laporan aktiviti : 

Temu ramah bersama Datuk Baharuddin Bin Zainal atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Baha Zain (Sasterawan ke-12) dilakukan adalah sebagai salah satu segmen penilaian bagi Kursus Asas Pengurusan NGO. Objektif temu ramah ini dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian berkaitan pengurusan Badan Bertindak Isu Pendidikan Negara. Badan ini dipengerusikan oleh  Datuk Zainal Abidin Bin Borhan yang merupakan Ketua II GAPENA. Untuk mencapai objektif ini, ahli kumpulan 1 telah mengemukan beberapa persoalan kepada Datuk Baha Zain berkaitan pengurusan, pandangan, saranan dan juga perkongsian. Isu semasa yang diperjuangkan oleh jawatankuasa ini adalah isu bahasa iaitu Bantah DLP (Dual Language Programme). Perjuangan utama dalam jawatankuasa ini adalah mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden. Usaha mengangkat martabat bahasa memerlukan semua pihak berkaitan terlibat. Antara langkahnya adalah memperkasakan institusi perterjemahan, institusi pengajian tinggi,Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) serta aspek yang lain. Misalnya, institusi penterjemahan perlulah lebih maju kehadapan serta diperkasakan iaitu mempernyakkan usaha penterjemahan buku ilmiah dari luar seperti sains teknologi, biologi dan bahan yang lain ke dalam bahasa Melayu. Temu ramah ini memberi pendedahan kepada para pelajar serta memberi pengalaman berharga.

Laporan Oleh : Muhammad Ariff Bin Badrudin