PERHIMPUNAN BANTAH DLP
Tarikh: 26 MAC 2016
Tempat:
PERKARANGAN MASJID
JAMEK, KL
Penglibatan:
AKTIVIS-AKTIVIS NGO
(ABIM, PKIPIM, PENA, & BEBERAPA GABUNGAN LAIN), WAKIL DARI PARTI POLITIK,
SASTERAWAN & GOLONGAN AKADEMIK
Perhimpunan Bantah DLP (Dual
Language Programme) telah diadakan di sekitar Masjid Jamek KL. Penglibatan ahli kumpulan 1 bagi Citra Asas Pengurusan
NGO dalam perhimpunan ini adalah bagi memenuhi salah satu kriteria dalam
penilaian kursus iaitu khidmat sosial. Perhimpunan Bantah DLP bukanlah
perhimpunan politik parti tetapi perhimpunan politik kebudayaan, ujar Datuk
Baha Zain. Perhimpunan ini disertai oleh beberapa parti politik, badan-badan
NGO, ahli akademik & pejuang-pejuang bahasa. Khidmat sosial yang
dimaksudkan adalah melibatkan diri dalam menggerakkan sesuatu program. Dalam
perhimpunan ini, beberapa wakil telah memberikan ucapan mereka berkaitan isu
DLP. Beberapa ahli bahasa juga turut mendeklamasikan puisi mereka berkaitan
bahasa. Pejuang-pejuang bahasa yang terdiri dari badan NGO, sasterawan dan individu menolak dan membantah DLP, tetapi
mereka tidak menolak bahasa Inggeris dan ilmu. Mereka turut menegaskan bahawa
untuk meningkatkan kualiti bahasa Inggeris bukanlah melalui kaedah tersebut
tetapi perbaiki kaedah dan sistem pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri dan aktivitinya. Perjuangan ini adalah untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan moden. Pembelajaran sesuatu ilmu itu lebih berkesan
dan mudah difahami oleh pelajar-pelajar dengan bahasa ibunda sendiri. Para
akademik dan pejuang bahasa turut menggalakkan mempelajari pelbagai bahasa
sebagai bahasa kedua mereka. Akhirnya, perhimpunan Bantah DLP ini adalah bagi
mendedahkan isu DLP kepada semua lapisan masyarakat serta
kepentingan memartabtakan bahasa.
Laporan
Oleh : Muhammad Ariff Bin Badrudin
No comments:
Post a Comment