Masa: 3 APRIL
2016
Tempat: KEDIAMAN
DATUK BAHARUDDIN BIN ZAINAL, TAMAN PERMAI JAYA, GOMBAK
Penglibatan: AHLI
KUMPULAN 1 CITRA ASAS PENGURUSAN NGO (JAWATANKUASA BANTAH DLP
Laporan aktiviti :
Temu ramah bersama Datuk Baharuddin
Bin Zainal atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Baha Zain (Sasterawan ke-12)
dilakukan adalah sebagai salah satu segmen penilaian bagi Kursus Asas
Pengurusan NGO. Objektif temu ramah ini dilakukan adalah untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian berkaitan pengurusan Badan Bertindak Isu Pendidikan
Negara. Badan ini dipengerusikan oleh
Datuk Zainal Abidin Bin Borhan yang merupakan Ketua II GAPENA. Untuk
mencapai objektif ini, ahli kumpulan 1 telah mengemukan beberapa persoalan
kepada Datuk Baha Zain berkaitan pengurusan, pandangan, saranan dan juga
perkongsian. Isu semasa yang diperjuangkan oleh jawatankuasa ini adalah isu
bahasa iaitu Bantah DLP (Dual Language Programme). Perjuangan utama dalam jawatankuasa
ini adalah mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa
moden. Usaha mengangkat martabat bahasa memerlukan semua pihak berkaitan
terlibat. Antara langkahnya adalah memperkasakan institusi perterjemahan, institusi
pengajian tinggi,Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) serta aspek yang lain. Misalnya,
institusi penterjemahan perlulah lebih maju kehadapan serta diperkasakan iaitu mempernyakkan
usaha penterjemahan buku ilmiah dari luar seperti sains teknologi, biologi dan
bahan yang lain ke dalam bahasa Melayu. Temu ramah ini memberi pendedahan
kepada para pelajar serta memberi pengalaman berharga.
Laporan Oleh : Muhammad Ariff Bin Badrudin
No comments:
Post a Comment